Thursday, November 01, 2007
Alhamdulillah semalam genap lah umurku 28 tahun. Nampaknya dalam usia aku 28 tahun aku akan mendapatkan 2 cahaya mata, pengarang jantung hubby dan aku..yang sorang dah mencecah usia 3 thn 6 bln dan yang sorang lagi incoming this December....Alamak bertambah meriah la rumah aku tahun depan..ditambah lak kalau betul la second baby ni boy gak....mmm anyway ok la at least haikal ( panggilan sekarang abang haikal) dah xde la main sorang2 n bercakap-cakap sorang. Kekadang aku ngan hubby naik kesian tgok dia main sorang2 cam gila2 lonely la....Hopefully pasni xde la dia asyik conquer TV je asyik CERIA 24 hours sampai aku ngan hubby tak merasa nak tgok citer lain. Mmmm apa la nama yang aku nak letak for second baby nih..tak tau lagi nak pilih nama apa...yang first dah Muhammad Alif Haikal...hubby cam nak kekalkan Alif tu....tapi Alif apa tak tau lagi....tapi tgok lah dulu...
Oooo klau sesapa nak tgok gambar kitorang bleh la g kat http://halinz2001.fotopages.com
Kat sini susah nak upload byk2 gambar
Posted at 08:22 am by halinz
Permalink
Wednesday, October 10, 2007
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Tak sabar rasanya nak berhari raya...nak datang keje pun dah malas..tapi aku tak leh nak ambik cuti awal dan lelama memandangkan aku ni bgaji hari kan...sayang la sapa nak bg gaji sehari tu utk aku...apa-apa pun aku kena bersabar la dulu sementara nak dapatkan permanent staff kat UIA nih atau pun mungkin ada rezeki kat tempat lain. Aku berharap sangat aku akan dilimpahi rezeki demi untuk anak aku yang kedua ni..semoga ada la rezeki untuk anak-anak ku nanti...
Mmmm berbalik pada raya..tahun nih aku akan menyambut first day raya kat kelantan yea...yeaa..balik kampung. Kepada kengkawan yang duk kat oversea tuh jgn sedih-sedih semoga raya korang lebih bermakna walau pun berjauhan dengan keluarga dan sanak saudara. Aku akan balik ke Kelantan sesudah subuh di hari Jumaat nanti dan akan pulang beraya di Pekan pada hari Isninnya semoga perjalanan kami selamat sampai untuk beraya bersama keluarga dan sanak saudara.
Sempena raya tahun nih aku dah siap tepon mak aku suh sediakan bahan-bahan untuk sediakan juadah raya tahun nih...Insyaallah klau ikut apa yang di rancang aku akan sediakan nasi minyak berlauk ayam masak merah, nasi himpit, kuah kacang dan mungkin sedikit rendang daging..untuk dessert aku akan sediakan sedikit puding berkuah...mmm macam terasa nak makan dah.
Dikesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada kengkawan yang mengenali kami. Salam Aidilfitri dari Kami Sekeluarga (Lynn, Haniff & Haikal).
Posted at 09:20 am by halinz
Permalink
Thursday, August 30, 2007
MERDEKA!!!!!!MERDEKA!!!!!!!!!MERDEKA!!!!!!
Alhamdulillah...kerana
kita Malaysia masih berjaya mengekalkan kemerdekaan kita hingga ke hari
ini. Tahun ini genaplah 50 tahun kita merdeka,aura 50 tahun kemerdekaan
tu terasa meresap masuk ke dalam jiwaku ini..aku begitu mengagumi Bapa
kemerdekaan kita Tunku Abdul Rahman kerana generasi beliau kita hari
ini dapat bebas dari penjajah...Walaupun kita bebas dari penjajah tapi
masih ramai lagi antara kita mengikut cara hidup penjajah...Perkara
inilah yang menjadi kebimbingan setiap pelusuk masyarakat dimana
dikhuatiri kita akan dibanjiri penjajah di tanah air tumpah darah
sendiri. Kita generasi hari ini haruslah bangkit dan buka mata serta
berfikir adakah kita ingin membiarkan semua ini terjadi...
Sempana kemrdekaan ini..aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut hari
kemerdekaan yang ke-50 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Posted at 08:11 am by halinz
Permalink
Tuesday, August 21, 2007
Arini entry aku mmg agak bergegar sikit maklum la ada ultraman mendarat tiba-tiba...Kalau tak silap aku ni ultraman tiga
magickan aku dapat kenal semua ni...ikutkan masa kecik aku pun tak
pernah tgok dan tak pernah mengikuti cerita nih.....tapi skrg sejak
hero aku dah kenal semua ni...dengan aku sekali nak kena berkenalan
dengan ultraman-ultraman ni..yang aku ingat ultraman tiga, dyna and
mebius.
Sekarang ni kat channel 24 Ceria ada tayang cerita
Ultraman tiga..Kalau korang ada anak-anak yang meminati cerita nih bleh
ikuti cerita ni setiap ari isnin-khamis kul 6.30 ptg sampai kul 7.
Disebabkan cerita ni start kul 6.30 gak so Manjalara yang aku duk tgok
terpaksa ditunda ke kul 7 baru bleh tgok...itupun bernasib baik klau
mood dia ok. Tapi klau mood dia nak tgok cerita cartoon pastu ke atau
nak g main beskal ke skejap..abis la aku melepas la...skrg ni mmg aku
bleh tgok sesikit je la cerita tuh..
Mmmmm ni satu lagi sawan
ultraman anak aku..aku pasti takde kat anak-anak orang lain....mana tak
nya every time cite ultraman tuh abis dia akan melalak nak tgok lagi
citer tuh..puas aku explain esok lak baru dia ada tapi cam biasa dia
tak nak dengar..so aku biar je alih2 nanti pandai ler dia senyap
sendiri.....yang aku ngan hubby aku tak tahan volume tangisan dia tu
satu taman bleh dengar. Pastu every time keluar mesti kena
beli satu cd ultraman...So CD ultraman tu akan sentiasa di pasang
nya sampai la CD tu dah rosak...yang tak tahan tu buat peluk tido
tuh...bila mata terbukak CD tu la perkara pertama yang dia cari...
Itu ler...hero ku...pengarang jantung kami...tak larat klau aku nak tulis keletah dia tuh...aku sambung lain kali la pulak.
Posted at 11:06 am by halinz
Permalink
Tuesday, August 14, 2007
Tiba-tiba mood aku excited lak nak share something kat blog ni. Ini
semua gara-gara "Dambaan Cinta" . Weekend aritu aku sempat lah
layan cerekarama "Cinta Mat Rempit". Jalan ceritanya tak tip top sangat
aku rasa..tapi aku suka gak la layan cite tu mungkin kot hero dia tu
pelakon favorite sejak dua menjak ni la..sbb aku rasa cite tu cam sweet
je gitu tapi ada part touching gak la yang menyebabkan airmata aku
berguguran setitik dua...tapi yang aku nak share kat sini sebenarnya
soundtrack cite nih...lagu dia cukup jiwang dan cukup tersentuh la.
Penyanyi dia sumpah aku tak pernah dengar
.'DIDICAZLI'..n
aku tak tau ler mamat mesia ke indon ke singapore. Tapi aku rasa
telinga aku sedap mendengar lagu tuh. Pas abis cerekarama tuh aku suruh
hubby aku cari lagu tuh..tapi dia tak layan sebab dia sibuk ngan keje
dia so arini aku pun mulalah pencarian dia sambil buat keje dan after
lunch baru aku berjaya..susah tul nak cari lagu nih. Bila dah dapat, PC
aku lak tak elok tak kuar suara so aku pasang kat PC officemate aku
la..entah brape kali ulang aku pun tak tau la..sampai sekarang still
terpasang nih...kat sini aku nak share la lirik lagu nih.
Dambaan Cinta
Ungkapan kata selindung hasrat nan dihati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa
Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin Berputik perasaan ini
c/o Kini baru ku sedari Selama ini kau kusayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada kufahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta
c/o2 Ikhlas kunyatakan
Kau yang kusayangi
Kau yang kucintai
Walau tak mampu kumilikki
Ingin kuluahkan Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya
Posted at 03:22 pm by halinz
Permalink
Thursday, August 02, 2007
Puasa dah nak dekat..apalagi kena la ganti...
Walaupun
dalam keadaan berbadan dua..aku kena gagahkan juga berpuasa
almaklumlah..selagi hidup sebagai seorang perempuan tak sah tak miss
puasa kan.Lain la klau pregnant...yang letihnya tahun lepas aku puasa
half month je sbb demam and p***** tu pasal kena bertungkus lumus
mengganti tu .Tahun ni insyaallah la bleh penuh...aku ni asyik
kebetulan je..masa pregnant anak first pun aku dapat puasa penuh dan
insyallah tahun ni klau tak de aral pun aku boleh berpuasa penuh.
Kalau dah berpuasa lak..macam biasa la sepanjang ari duk pikir apa la
juadah nak berbuka nanti...arini aku ingat nak masak nasi goreng
kampung je la..malas beria-ia sgt..sebelum berbuka memang semua benda
nak makan tapi bila dah makan sejenis tu dah kekenyangan sebenarnya
tapi nafsu punya pasal tu yang balon je semua yang terhidang.
Posted at 02:31 pm by halinz
Permalink
Tuesday, July 31, 2007
Mmm...Dah
lama aku tak berceloteh kat sini...hampir terlupa dah id aku...itulah
yang membuktikan betapa lamanya aku tak menjengah blog aku ni...Entah
camne arini hati aku tergerak untuk menitipkan sepatah dua ayat kat
sini...Aku akan cuba berceloteh kat sini bila aku terasa ngantuk
sesangat.
Aku sekarang sudah bermaustautin(betul ke ejaan nih) kat
Kuantan, Pahang...lebih tepat lagi kat Chengal Lempong dekat ngan Balok
tue..Insyallah kekal kat situ la kot sbb dah beli rumah kat situ...tapi
under construction lagi la.
Sekarang ni aku dah tukar keje baru...bermula 16 Julai aritu aku
bergelar warga UIA Kuantan Campus....tapi blom sepenuhnya lagi
la..sebab aku baru part time..Insyaallah ada rezeki aku akan kekal
sini...Sperti yang korang tahu dulu aku keje sama ngan hubby aku
kan....and now kitorang tak keje sama lagi..hubby aku dah mula
berjinak-jinak membukak bussiness sendiri bersama kengkawan dia...Buat
trading and service berkaitan ngan chemical and engineering ler...Aku
berharap dan mendoakan semoga bussiness hubby akan bertambah maju.
Mmmm...hero ku...sekarang dah mengjangkau usia 3 thn 2 bln dah besar
dah..dan insyaallah hujung tahun nanti dia bakal mendapat
adik...Sekarang kandungan aku baru mengjangkau 4 bulan. Alhamdulillah
bertambah lagi rezeki kami....Cukup la untuk entry arini nanti aku
update lagi
Posted at 09:44 am by halinz
Permalink
Tuesday, August 01, 2006
Tahniah buat Syau & Piang(course mate) tanggal 21 July aritu mereka selamat menjadi suami isteri. Aku bersama hubby and heroku sempat meraikan majlis diorg, tapi kami cuma sempat bertandang ke majlis jemput menantu je kat Dungun (29 July). Semoga diorg kekal ke akhir hayat, and tahniah buat syau n piang sekali lagi, kerana perhubungan diorg ke jinjang pelamin juga akhirnya. Semoga cepat dapat anak..he..he...Kepada Syau, pandai-pandai lah ambik hati mak mertua
Posted at 09:05 am by halinz
Permalink
Wednesday, July 12, 2006
Mmmmm....pejam celik pejam celik....rupa2nya arini dah genap sebulan aku keje...eee cam xpercaya je. Keje kat sini ok la...lg pun aku tak pening sgt sebab hubby aku ada kat sini so ada masalah refer kat dia sbb department kitorg ada link. Actually, hubby aku bahagian manufacturing.
Alamak start minggu depan aku ngan puteraku haikal kesunyian la sebab papa nak kena g outstation kat Bangi selama 2 minggu, dia ada course under NIOSH, mmm apetah title course aku tak sure tapi short form dia "CHRA" maybe Chemical Hazardous bla..bla Assessment kot...entah ler...
mmm bila hubby aku xde ni, pening la aku nak menjawab ngan haikal sbb soalan favourite dia mesti " umi, papa ane (pelat skit)?" mahu sehari berpuluh2 kali. Dia memang camtu. Bila aku g keje pening gak org jaga dia nak menjawab bila dia tanya mana aku pegi...tapi skrg dia tanya dia jawab sendiri sbb bila time dia nangis org jaga dia tu ckp "umi g keje cari duit nak beli susu adik". Ini ler yg specialnya haikal walaupun dia 2 thn tapi dia dah paham apa yg org explain kat dia.....ok lah dah panjang ni aku nak sambung buat keje lah.
Posted at 11:10 am by halinz
Permalink
Monday, June 26, 2006
Lama dah tak layan blog ni...sbb duk kat rmh je kan...oooo utk pengetahuan semua aku baru je 2 minggu start keje sama tempat ngan hubby aku....as a R & D Engineer...pasal gaji ok la....cukup untuk beli susu n pampers putera aku yang sorg tu.
Posted at 12:39 pm by halinz
Permalink